21 February 2011

Kisah Cemburu

Hari ni dengar kisah cemburu. Mula-mula rasa macam nak marah but end up, rasa kelakar pun ada. Macam-macam hal bila manusia cemburu. Kupasan tentang cemburu bolehlah anda baca di sini.


Masa kat U dulu, ade 2 orang kawan. Boifren-gefren. Dua-dua pun kawan, ala coursemate. Minah ni duduk bilik depan. Mamat lak kawan hometown. Bila dua-dua bercerita, terbahagi dua badan ni. Layan jelah..


Mamat cite setiap kali makan malam, mesti Minah ajak makan sama. Mamat nak makan dengan kawan-kawan pun, Minah bising. Minah kata waktu lunch, Mamat dah makan dengan kawan-kawan. Satu hal lagi, Mamat minat gile tengok wrestling. Maka setiap malam Selasa ke Rabu(time tu ler..), terpaksalah Mamat bawa Minah makan kat restoran mamak..layan wrestling. 


Minah pulak cakap Mamat kenalah praktis makan bersama dengan dia. Kan Mamat nak kawin dengan Minah. Mamat kenelah biasakan diri. Kalau Mamat miss dinner dengan Minah, boleh sangkut baju panjang muncung Minah. Akhirnya Minah dan Mamat pun broke up. Dah jadi mak orang pun Minah tu. Mamat lak berkelana kat Sabah sinun.


Kisah paling kelakar pasal cemburu yang saya pernah dengar ialah bila si lelaki keluar, walaupun dengan ahli keluarga sendiri kena hantar MMS kat si gadis. SMS tu biasalah dengar..anta report. Ni siap anta MMS tu. Hehe.. kelakar pula. 


Tulah, cemburu tu penting. Kalau tak cemburu nanti kata tak sayang pulak kan? Tapi kalau dah melampau-lampau sangat, parah lah kan? 


Bercinta guna akal dan minda!

8 comments:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

cemburu boleh tp jgn keterlaluan.biar berpada2 dan bertempat

angahida said...

kalau berlebihan maknanya tak percayakan pasanganlah tu..tp sikit kena adalah`..

Misz Sephia said...

@Anies

btul tu Anies

Misz Sephia said...

@Kak Suhai

Bg sikit je..hehehe

Han Alfi said...

hey..sy sudah follow kamu. Follow sy kembali ya..salam kenal :)

nuriz said...

kalau cemburu melampau tu mcm dah tak percaya kat pasangan. kalau kena report tu dah jadi queen control la.tak kawen lagi dah kena control..parahhh

Misz Sephia said...

@Han

InsyaAllah :)

Misz Sephia said...

@Nuriz

Kesian jugak mcm tu kan?