09 March 2011

Empati itu penting..

Sejauh mana seorang cikgu mempunyai sifat empati kepada murid-muridnya? *bukan empathy internet messaging ye..

Google lah sendiri maksud empati tu ye..

Empati adalah salah satu skill cikgu-cikgu. Kegagalan cikgu-cikgu untuk berasa empati terhadap murid boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada murid sama ada kesan fizikal seperti tidak hadir kelas/sekolah, emosi seperti kemurungan atau bertindak agresif dan sebagainya.

Hari ni saya nak share dengan anda kisah betapa pentingnya sifat empati ini. 
Murid ini kehilangan ayah tidak lama dahulu. Menjadi anak sulung adalah cabaran hebat kepada dirinya. Dia yang sangat rapat dengan Allahyarham ayahnya kini menggalas tanggungjawab sebagai pencari rezeki. 

Bukan tidak mampu tetapi kerana sedikit masalah teknikal, pencen arwah ayahnya sedikit tergendala. Maka, dia membantu ibunya mencari rezeki dengan melakukan kerja-kerja sampingan. Mujur juga, ahli keluarga tinggal tidak jauh daripada rumahnya. 

Ibunya seorang suri rumah. Tidak boleh memandu. Mujur dia boleh membawa motosikal ayahnya. Namun masih perlu bergantung kepada orang dewasa untuk urusan ke bandar. 

Punya adik-adik yang ada masalah kesihatan. Sejak arwah ayahnya tiada, adik-adiknya sering jatuh sakit. Tak dapat hadir ke sekolah. 

Dia sendiri hendak mengambil UPSR tahun ini. Bagaimana kita boleh membantu murid ini?

Semua orang maklum tentang kepentingan menjaga hak anak yatim. Malah tahu balasan jika menyalahgunakan harta anak yatim. Artikelnya anda boleh baca di sini.

Saya sendiri tidak mahir mengendalikan situasi ini. Saya cuma memberi sokongan emosi kepada si adik. Pada mulanya dia enggan bercakap. Kini, sudah boleh berkongsi perasaan. Dia sudah mula bercerita kepada kawan sebelahnya. Beri sedikit penghargaan secara fizikal seperti gula-gula atau hadiah juga puji-pujian. 

Murid ini mesti dibantu. Jika dia buat silap, dia tetap mesti ditegur. Cuma murid seperti ini lebih sensitif. Janganlah kita marah straight to the face. 
Fahamlah masalah dia. Jika dia gagal hadir ke kelas/sekolah, selidiki dulu masalah dia.

Tak retilah nak cakap macam mana. Ni semua terpulang pada sensitiviti diri sendiri. Ape-ape pun, saya salute lah cite Gemilang tu. Cite cikgu-cikgu zaman dulu. Fahami masalah murid kita.. Saya betul-betul rasa inspired gile bila tengok cite tu. What say you?


3 comments:

~ yus ~ said...

Akak pun suka sangat tengok citer Gemilang. Dari episod 1 lagi. Kerana citer itu juga, bertambah minat akak pada Shah Jaszle tu..huhu.

Isnin lepas masa dialog dia kata dia anggap kawannya tu sebagai adik dia je dah buat hati akak sebak..huhu

Misz Sephia said...

@Kak Yus

Kalau diaorg tunjuk part pegi rumah anak murid, bantu anak murid..rasa mcm 'teruknye aku jd cikgu'..huhu

thoyol said...

empathy is putting ourself in their shoes.

bukan cikgu jer perlu, as a human being kita mmg perlukan empathy.

i never watch gemilang pun. Haih, my Tiz Zaqyah..