25 August 2014

Kalau nak berjimat, ada saja caranya

Hari ini hari gaji. Dalam masa 10 minit je, separuh daripada gaji dah dihabiskan membayar hutang dan bil-bil utiliti. Haish...

Maka, saya pun google lah 'Cara nak jimatkan duit'.. Macam-macam tips yang diberikan. Sama ada nak buat atau tidak sahaja. Pokok pangkalnya hati..

Nak raya katanya sebelum ni, orang kata buatlah persiapan awal biar tak terganggu ibadah time Ramadhan. Beli sana, beli sini.. Penyakit membeli tu berlarutan pula sampai sekarang. Manalah tak abis duit.. Ni baru nak menyesal..kuikuikui.

So, saya akan list downkan kesalahan saya supaya setiap kali saya baca, saya akan ingat perkara yang saya dah buat.

1) Jangan beli tudung banyak-banyak!

I always said to my dear husband, cara paling mudah untuk tukar gaya ialah tukar tudung ;p Yelah, keje nak tukar baju je..baju 3 gobok pun tak muat kan? Lagipun, baju untuk pergi keje tak payahlah vogue sangat. Kena marker pen ke, staples tepi meja ke, tak pun velcro tape kat meja kantin..sayang baju. Pilihan saya sudah semestinya kain sales kat Jakel ;p yang beli 3 pasang RM100 tu..hahaha. Serious, tak tipu! Campur upah jahit lagi, baju kurung je paling murah RM35. Kalau beli siap, sepasang dah RM60 juga tu. Memang itulah pilihan saya jika shopping baju keje. Tu pun bukan tiap-tiap bulan beli. Memang pakai sampai lunyai lah.. (Ni berjimat ke kedekut ni...hihihi)

Cuma saya memanglah gila beli tudung. Fareeda je saya tak beli..ngeri mak dikkk.. 3 helai Rm1000. Saya ni layak 3 pasang RM100 je..hihihi. Karang sibuk nak try bawal lah, shawl chiffon lah, wideshawl lah, Aidijuma pun aku sebat..bawal katanya kan? Ade pulak tukang hasut a.k.a kakak ipar aku yang peminat tegar AJ. Memang mudah terpengaruh betul.
Rasanya bulan lepas je, dana beli tudung boleh dapat 2 jubah calaqisya. Tak ke gila dibuatnya?!

Jadi, saya berazam tidak membeli tudung banyak-banyak lagi. Ada yang memang takde tone colour baju pun tapi beli jugak...Astagfirullah!

2) Potong bil utiliti yang tidak relevan penggunaannya

Apa pasal bombastik sangat tajuknya ni? Haha...belasah jelah.
Lepas je aku baca tips-tips jimat duit tu tadi, aku terus teringatkan bil Astro kat rumah tu. Boleh sangat potong channel Warna tu. Bukannya membantu perkembangan minda sangat pun kan? Cehhh...cover sangat tu.. Dengan bersegeranya aku call CS Astro suruh potong channel. Jimat dekat RM 25 jugak tu..

Lepas tu, aku makin seronok lak potong bil sana-sini. Aku pegi call Digi pulak. Aku cakap nak downgrade dari Postpaid SmartPlan 88 jadi prepaid RM48. Dia bagi 2GB Mobile Internet tapi kalau dah habis quota boleh surf unlimited messaging thru WhatsApp dan Opera. Takde hal, kecik punya problem! Selama ni hidup je aku kan..hahaha.

3) Jimat elektrik

Ni rasanya macam banyak juga aku dah jimat. Yelah, aku kan sanggup berpanas sebab tak nak pasang aircond. Laki aku puaslah merayu biarlah dia belikan aircond..tapi hatiku sekeras batu. Pasal aku yang nak kena bayar bilnya nanti. Macam aku tak boleh percaya je muka dia nak off aircond walaupun hari hujan...hahaha.
Cuma satu benda yang aku terpaksa admit ialah Melaka ni memang panas gila. Dah naik hitam kulit wajah aku ni..hahaha. Macamlah lawa sangat kan? Aku terpaksa mengorbankan keselesaan anak aku, kekadang tu sampai naik ruam dia berpeluh. Kesian juga tapi aku belikan dia kipas blade besar gile. Memang tala kat dia je.. Aku pun pakai kipas siling je. Abah dia conquer satu lagi kipas. Takpelah nakkk, ibu redho...lah sangat! Maybe lepas ni sebelum gi keje aku  patut off thermopot dan unplug TV sebab rupanya makan karen jugak ek kalau dia dalam stand-by mode. Baru aku tahu...

Maybe aku patut iron baju seminggu sekali. Cuma habit aku suka pakai baju panas-panas je sebenarnya yang buat aku suka sangat gosok baju lepas mandi setiap pagi. Macam kesejukan air itu dihilangkan dengan wap panas iron. Boleh fefeeling gitu..hahaha.

4) Memasak di rumah

Yang ni memanglah aku amalkan. Cuma bila laki aku balik jelah, aku ketuk dia sikit...sikit je. Cuma biasanya masak lepas balik keje. Pergi sekolah, aku still makan kat kantin. Tapi sejak naik Raya ni, macam mahal gile pulak makanan kat kantin. Nasi, ayam, sayur ciput dan milo ais, RM6. Hmm...maybe murahlah kot kalau compare harga kat luar tapi ni sekolah kot..macam tak boleh masuk akal je.

Adalah terlebih baik aku bangun awal sikit, buat sandwich ke, lempeng je, nasi goreng hatta megi goreng pun boleh aje di pagi yang hening itu. Masak nasi pun sempat. 20 minit je pun..

Kalau malas, memang susahlah nak cakap apa pun.. Ada member aku siap tak makan kat sekolah. Kalau lapar dia makan biskut ke, roti ke sebab dia dah breakfast sebelum gi sekolah. Gila lah...patutlah dia slim. Aku juga yang makin bam..bam..

5) Puasa sunat

Haha...yang ni aku tuliskan aje. Realitinya, aku dapat buat atau tidak, aku tak pasti tapi InsyaAllah aku cuba. Bukan susah sangat pun..malas je yang lebihnya. Pada hal fadhilatnya punyalah banyak. Kesihatan terjaga, mulut terjaga takdelah asyik nak mengumpat aje  duit jimat, pahala pun insyaAllah dapat.

Itulah saje cerita aku hari ini. Moga setiap hari ada islah dalam diri aku ni.

 Till we meet again..insyaAllah

No comments: